Friday, April 24, 2009

Lupa sejarah

Ramai pelajar yang tak minat subjek sejarah, kalau student saya, ramai yang minat tapi hakikatnya ramai yang buta sejarah. Sebab pada pendapat saya mereka tak minat dengan cerita-cerita yang berat. Apa yang pasti sebenarnya sejarah nie memang best. Lebih lagi sejarah Islam, kalau kita menghayati sudah tentu kita akan bertafakaur dan memikirkan kita dengan nabi Muhammad dan sahabatnya sudah tentu perjuangan kita seperti langit dengan bumi.

Saya membaca buku sejarah nabi hingga mengalir air mata sebab mereka terdahulu terlalu hebat, sebab itu zaman mereka Islam itu hebat. Kalau baca novel Salahuddin Al Ayubi saya rasa tiada waktu rehat dan senang lenang baginya. Mereka hidup kerana Allah tiada yang mereka mahu dalam hidup kecuali syurga Allah. Itulah yang menarik tentang sejarah , kita sedar diri.

Tapi sayangnya generasi muda, tak minat nak baca , nak tahu tentang sejarah itu yang paling sedih, mereka tak kenal lagi dengan tokoh , ulama yang mereka kenal ialah penyanyi , pelakon dan itulah dunia mereka. Kemungkinan belajar sejarah tu pembelajarannya tak menarik kot.

Tuesday, April 21, 2009

Muqadimmah

Assalamualaikum

Selamat datang dalam blog saya. Saya sebenarnya dah lama nak buat blog sendiri sebab banyak perkara yang saya nak kongsi. Macamanapun saya belajar sendiri nak buat blog. Berkat kesungguhaan saya nak tahu dan ingin menceburi dunia perniagaan internet saya mencuba.

Blog ini adalah untuk memberikan kemudahan kawan-kawan dan anak-anak pelajar mendapatkan maklumat dan berkongsi idea dan bahan di dalam blog ini